Friday, April 30, 2010

PENGETUA SMTLC



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis ini. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Kejohanan Antara Teknik (KAT) kali ke-13, Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator,Ipoh bagi tahun 2010 kerana memberi kesempatan untuk saya mentintakan sepatah dua kata.
Harapan kami, semua peserta yang terlibat dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan, mempunyai disiplin yang tinggi di gelanggang dan tempat penginapan, mempunyai semangat kerjasama berpasukan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara Sekolah-sekolah Teknik Zon Perak. Pihak SMTLC sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua kontinjen.
Akhir kata, saya selaku pengerusi Jawatankuasa Pengelolaan KAT 2010 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
TAHNIAH DAN SYABAS
SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment