Friday, April 30, 2010

KEDATANGAN KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST)


" Tanak nasi banyak kerak,

Dari Johor ke Melaka,

Daripada Bachok ke Perak,

Jauh perjalanan mereka."

Kedatangan mereka adalah untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan darah kapada semua warga KAT.Disini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai latar belakang kolej ini

  • Penubuhan KIST adalah pada tahun 2005.
  • Kampus utamanya ialah di Bachok, Kelantan Darul Naim.
  • Mempunyai cawangan di Kuala Berang, Terengganu.
  • Jurusan yang ditawarkan:

Diploma In Diagnostic Radiography.

Diploma Fisioterapi.

Diploma Kesihatan & Keselamatan pekerjaan.

Diploma Pengajian Syariah.

Diploma Kesihatan Persekitaran.

Diploma Pembantu Farmasi

Diploma Pembantu Perubatan.

Diploma Radioterapi.

Diploma Psikologi.

Diploma Sains Senaman & Sukan.

Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Diploma Terapi Cara Kerja.

Diploma Pengurusan & Perkhidmatan Makanan Halal.

Diploma Kejururawatan.

  • Untuk memasuki KIST anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 kredit dalam setiap mata pelajaran.
  • Tenaga pengajarnya terdiri daripada golongan yang berpengalaman.


'KEDATANGAN ANDA KE BOOTH KIST AMAT DIALU-ALUKAN'

No comments:

Post a Comment